Tanggam Melebar
Tanggam ini digunakan untuk menyambung
kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan papan yang lebih lebar bagi
penggunaan membina badan perabot, lantai, dinding dan sebagainya. Kerja-kerja
penyambungan dilakukan secara muka tepi ketepi.
Kedua-dua tepi kepingan kayu diluruskan
kepada empat segi dan ditemukan beberapa kepingan dengan dipegang diantara tepi
oleh gelu atau paku.
- apabila kepingan yang diglu,ianya
hendaklah diperah keluar ( digesel diantara kedua
tepi dan diapit dengan apit panjang). Cantuman ini banyak digunakan bagi muka atas meja.
tepi dan diapit dengan apit panjang). Cantuman ini banyak digunakan bagi muka atas meja.
- digunakan bagi pekerjaan yang murah dan
biasanya digunakan untuk barang-barang seperti
peti- peti barang murah, yang mana dipaku denganpaku berkedut. Pekerjaan ini
jarang digunakan pada pekerjaan – pekerjaan perabut.
peti- peti barang murah, yang mana dipaku denganpaku berkedut. Pekerjaan ini
jarang digunakan pada pekerjaan – pekerjaan perabut.
ii. Tanggam penetap
Penetap adalah sejenis pin yang diperbuat
daripada kayu ,plastik atau keluli yang mana memadankan kepada dua lubang yang
sesuai. Tanggam ini yang menggunakan pin dipanggil tanggam penetap. Dowel atau
jalur penetap diperbuat daripada kayu cengal atau kayu getah. Ianya bergaris
pusat 3mm –35mm dan 25mm – 75mm panjang. Penetap kayu atau plastik yang kecil
biasanya dibuat lurah bepintal dan meruncing dikedua-dua hujungnya. Lurah ini
akan membolehkan gelu bergerak bebas dan memberi angin keluar.
Kekuatannya ditambaholeh penetap yang digelu kedalam kedua-dua belah lubang
ditepi papan yang hendak disambung. Garis pusat penetap hendaklah lebih kurang
1/3atau tidak lebih ½ daripada tebal kayu.
iii.
Tanggam lidah dan lurah
Tanggam lidah dan lurah ialah tanggam
melebar yang biasa digunakan bagi papan lantai dan peti peti barang jenis
yang baik. Jika dibuat untuk kegunaan muka atas bangku tulis dan lain-lain,maka
hendaklah digelu supaya tetap.
Pada kedua-dua tanggam ini dibuat
tingkat selepas itu digelu dan diapit. Tujuan tingkat ialah supaya luas
permukaan yang terkena gelu itu ditambah.
Digunakan apabila menyambung
dua keping kayu untuk menjadikannya lebih panjang.Kerja ini biasa dilakukan
dalam pembinaan bangunan.
i. Tanggam Skarf
Tanggam ini digunakan untuk memanjangkan
kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelegar.
ii. Tanggam Sambung Jari
Tanggam ini biasa diguna kayu bersaiz kecil terutama bagi kayu yang diproses dengan mesin.
iii. Tanggam Sambung Lekap
Tanggam ini digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan.
iv. Tanggam Plat Sambut
Sebagai ganti kepada tanggam skaf keduanya keping kayu dikerat lurus pada hujungnya dan disambungkan bersama dua keping logam (plat kayu juga digunakan) di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat.
- Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang
- Bahagian kayu yang disambungkan pada hjungnya dari tepi ke tepi
- Contohnya pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dan lain-lain
i. Tanggam Lekap
Tanggam ini dibuat dengan menorah kedua-dua hujung bahagian keping kayu yang akan dilekapkan
Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini dibuat dalam 5 cara.
- Tanggam lekap siku atau penpenjuru >> diguna pada sudut pemidang yang kecil
- Tanggam lekap penjuru rencong >> membuat kumai seperti rangka gambar
- Tanggam lekap T >> diguna dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak secara melintang hujungnya
- Tanggam lekap bajang T >> serupa dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar
- Tanggam lekap palang >> digunakan pada dua keping kayu yang bersilang
Tanggam Siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat samada pada penjuru ataupun pada pertengahannya.
i. Tanggam Temu
Dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh di glukan dan di pakukan atau di skrukan. Jenis tanggam ini di bina pada pembinaan kotak atau peti biasa yang di bina secara tepat.
ii. Tanggam Rencong
Tanggam ini adalah cara paling senang untuk menghasilkan sudut kotak. Kedua-dua keeping kayu hendaklah sama tebal. Sambungannya dilekatkan dengan glu. Dan di kukuhkan dengan sekeping lidah yang dimasukkan ke dalam lurah yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.
iii. Tanggam Bajang
Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada hujung kayu yang ke dua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat.Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar 1:6 tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang
trima kasih diatas prkongsian ilmu..
ReplyDeletetrima kasihh
ReplyDelete