TANGGAM
Tanggam adalah cara penyambungan kayu, terdapat
pelbagai jenis tanggam yang boleh dihasilkan. Penggunaaan tanggam amat meluas
dan dengan adanya tanggam kita dapat mengurangkan penggunaan paku. Rumah
Tradisional Melayu banyak menggunakan tanggam kerana ia dibina menggunakan
kayu.
Rumah Seri
Menanti Di Negeri Sembilan Yang Menggunakan Tanggam Sepenuhnya Dalam
Pembinaannya
Selain itu juga sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh
dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan
seterusnya boleh dipasang semula. Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada
sambungan-sambungan tertentu, ia tidak dikunci dan mudah dipisahkan.
Ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian,
pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan tanpa
merosakkan bahagian kayu terbabit. Kebitaraan dalam teknik tanggam ini
menjadikannya sebagai salah satu daya cipta warisan Melayu yang unggul.
No comments :
Post a Comment